Friday, September 11, 2015

Hujung Minggu: Tubotel, Langkawi

Plz note actual date to Langkawi was on 7-9 Aug, 2015.

KLIA2
Bagi pandangan aku, harga kereta sewa di Langkawi adalah standart. Kalu sesapa ada yang lagi murah, sila komen dibawah. Masa aku pegi ni, aku survey kat blog dan web, mostly stated RM80 sehari untuk viva. Kami buking kereta sewa melalui sepupu aku punya kawan and brother tu bagi harga yang sama juga iaitu RM80 sehari. Setibanya di airport, kebanyakkan kaunter kereta sewa di situ menawarkan harga RM50 sehari untuk viva. Aku pun bagitaw la kat brother kete sewa yang aku buking tu, aku pun nak RM50 sehari juga and dia agreed. Rate kereta sewa masa aku pegi dulu (tahun 2013) adalah RM170 untuk 3 hari dapat MPV kalu tak silap aku.

Kami teatime MarryBrown MamboFries before onboard
Kami sampai di airport dah malam, sebab tu buking kete sewa siap-siap. Kalu anda sampai di airport lebih awal and tak sempat nak survey kereta sewa, maka amik je kat kaunter pun ok. Oh ya, kat lobby ngan luar entrance pun banyak yang offer rental car. Tapi ingat tak kira di mana ataw dengan siapa anda amik kereta sewa, sebelum decide rental car, confirm betul-betul harga yang perlu dibayar bagi mengelakkan hidden charges dan penipuan!

Restoren Selera Lubuk Buaya
Setelah amik kereta sewa, then kami hang around Cenang area and dropped by kat Restoren Selera Lubuk Buaya yang terletak antara Fave Hotel dan Nasi Kandar Tomato. Depan restoren ni ada kedai beger yang menawarkan delivery beger ke tiga tempat tersebut. Kami order beger ayam ngan black pepper sauce. Lepas beger siap, kami terus menuju ke Tubotel yang terletak lebih kurang 10 minit driving.

Tubotel merupakan paip silinder, kolong atau kiub yang dibuat bilik. Maksudnya ruang memang terhad iaitu hanya memuatkan sebuah katil king, then beg leh letak bawah katil. Bilik dilengkapi dengan lampu, kipas, aircond dan tuala mandi. Aku bukan jenis renek and tak lampai pun, tapi kalu aku berdiri atas katil memang tak leh berdiri tegak (bend).

Depan setiap bilik ada dua kerusi and diterangai cahaya lilin. So suasana memang ‘dim’ plus angin sepoi bahasa memang sesuai to relax and perfect escaped from bustling city. Masa kami datang ni, Surau dan Pool was under construction. So, memang kena solat kat luar iaitu kalu tak silap aku nama masjid tu adalah Masjid Tempoyang yang merupakan masjid berdekatan iaitu lebih kurang 5 minit driving dari Tubotel. 

Plz note bathroom adalah sharing basis, hot shower dan changing room disediakan. Peti ais dan coway water-filtered juga ada disediakan di hujung changing room. Kami memilih seaview room and memandangkan tak de tv dalam bilik, plus dah lewat malam, hujan plak tu, after mandi then makan beger then terus tido je.

Tubotel berdekatan dengan kedai dobi (Sufia Laundry, tel: 012-2579646/012-2481949), farmasi, mini mart dan kedai makan iaitu around 3 minutes driving from Tubotel. Tubotel ada mesin basuh tapi masa kami datang ni mesin tu rosak. Jadi alternatif lain adalah Sufia Laundry, korang leh call terus kot la dia leh delivery skali.


Keesokan harinya, baru best snapped picture cuz terang. Maklumla aku ni guna camera biasa je, kalu malam ataw low light, memang kualiti gambar kurang jelas. Gambar di atas (kanan) merupakan pemandangan di bahagian kanan bilik aku dan gambar (kiri) was snapped dari dalam bilik.

After freshened up, kami menuju ke café untuk breakfast. Setibanya di café, kami diberikan menu pilihan dan I asked the staff if they mix a wine/beer inside the meal. They told us “Nope. Its halal”. Kat café ada bahagian berbumbung dan terbuka (alfresco), tv, music, free pool-table, tours desk and free wifi. Kat area lobby pula ada day-beds so leh santai di situ.


Sila maklum ‘free wifi’ hanya untuk lobby and café area only and Tubotel is using YES 4G internet services. As stated in café menu, all selected meal was served together with toast, juice and coffee or tea. Aku ordered white coffee dan main course adalah vegetarian frittata.

Frittata ni basically telur dadar (omelette), tapi lebih meriah cuz macam-macam ada dalam telur ni termasuklah tomato, kentang, cendawan, bayam belgian (belgian spinach), bawang dan sedikit cheese as a topping. Aku rasa sayur tu bayam belgian cuz macam sama yang kite makan dominos pizza (prawn sensation). Air pula bukan juice tapi hanya kordial oren (berdasarkan apa yang aku rasai). Frittata merupakan makanan Itali, walaupun mungkin korang nampak macam pizza, tapi sebenarnya asasnya adalah telur, bukannya tepung roti pizza. Tubotel menawarkan dua jenis frittata iaitu vegetarian dan beef.

Sarapan sambil menikmati seascape dengan deruan ombak laut yang menghempas di batuan, beratapkan awan kumulus gebu, kapal terbang sesekali berganti di langit biru, motorboat yang melintas dilautan dan cuaca yang tidak panas dan tidak hujan menjadikan this moment of alfresco breakfast merupakan yang paling best kat Tubotel ni (bagi pandangan aku la).

Tubotel GardenView
Setelah menikmati sarapan dengan suasana yang cukup best, kami hang around Tubotel. Maklumla semalam sampai dah tengah malam, sume malap. Kami ke area Tubotel GardenView seperti gambar diatas. Lihat, ruang dalam bilik memang amat terhad tapi best la bagi yang inginkan kelainan!

Tubotel SeaView
Next, Tubotel SeaView seperti gambar diatas, memang best. Korang santai bersama angin sepoi bahasa dan sambil dengar deruan ombak menghempas di batuan. Kalu korang berminat, aku sugest amik pakej ‘Earlybird’ cuz dapat murah sket la.

Antara pemandangan dari/ke Tubotel adalah multiple boats dan jeti kayu. Semalam tak nampak langsung ada scene yang cantik ni. Kami snapped gambar dari dalam kereta cuz nak cepat. Kalu korang ada masa, amik gambo kat sini sure best.

Kami meneruskan perjalanan ke Kuah cuz plan naik belon helium yang terletak berdekatan dengan Eagle Square dan Kuah Jetty. Namun, kami kurang bernasib baik cuz belon ada tapi tak beroperasi. Mungkin disebabkan cuaca hujan renyai ataw technical issue, ntah la aku tak pasti.

Kami dropped by Eagle Square untuk pujuk hati kecewa tak dapat onboard a helium balloon tu. Kami snapped picture above as momento then kembali ke Tubotel dan amik pakej yang ditawarkan di Tubotel iaitu Island Hopping.

Hujung Minggu:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...