Sebelum kita memasang khemah, jom kenal dulu jenis-jenis khemah.
Jenis-jenis Khemah:
sumber imej |
1. geodesic tent, 2. dome tent, 3. tunnel tent, 4. ridge tent, 5. pyramid tent. Namun, terdapat juga artikel mengenai khemah solar.
Khemah yang kita pacak kali ini adalah dome tent iaitu khemah kubah yang sering digunakan sewaktu camping dan hiking. Item utama khemah adalah seperti berikut:
Main canvas (1 unit)
Flexible poles (2 batang)
Top cover (1 unit)
1-Pastikan kedudukan tirai khemah adalah kearah yang dikehendaki. E.g. seaview.
2-Mulakan dengan memasukkan flexible poles (rangka lentur) sebagai rangka khemah.
3-Setiap hujung poles dimasukkan ke dalam lubang penjuru khemah (lubang yang paling hampir dengan khemah).
4-Seterusnya, ikat kedua-dua flexible poles bagi menstabilkan rangka khemah.
5-Masukkan besi pacak berbentuk L ke dalam lubang penjuru khemah dan benamkannya. Sekiranya perlu, letakkan batu atas besi pacak bagi memastikan khemah kukuh dan stabil.
6-Letakkan top cover dan cangkuk pada tempat yang disediakan agar top cover tak melayang.
7-Alhamdulillah, khemah telah pun tersergam indah! Jom kita masuk dalam khemah.
Keperluan lain:
Tikar, tilam, kipas kecil, small pillow, penyapu pendek dan kain lap (membersihkan dalam khemah sekiranya berpasir ataw habuk), lampu dan lain-lain keperluan tambahan. Kalau korang khemah tepi sungai, siap tangkap ikan bagai, leh bawak dapur portable, ataw penunu Bunsen je ke, tak pun bawak fire starter and fire matches for bonfire ke nak grill ke. Memang best.
Lokasi khemah:
Lokasi khemah adalah selamat dan sesuai iaitu tanah yang kukuh dan berdekatan dengan sumber air. Sekiranya tanah berpasir ataw tidak padat, letakkan batu diatas keempat-empat besi pacak. Ini bagi mengelakkan khemah tercabut ataw tidak stabil apabila angin bertiup kencang.
Selamat bercamping!
No comments:
Post a Comment