- Ambil makanan yang lembut seperti bubur dan banyakkan meminum air untuk menggantikan cecair badan yang hilang.
- Rehat sebanyak yang mungkin.
- Sejukkan dahi dan badan dengan tuala basah sehingga demam berkurangan.
- Basuh segenggam kacang pea dan biarkan ia kering. Panaskan tanpa minyak, kemudian letakkan kacang pea dalam cawan, tambahkan air sejuk dan biarkan untuk seketika sebelum diminum.
2-Selsema
- Tingkatkan pengambilan air dan rehat yang mencukupi.
- Ambil banyak buah-buahan (atau jus) seperti oren atau jambu batu.
- Untuk melegakan hidung yang tersumbat, hidu bau bawang putih yang ditumbuk atau dipotong beberapa kali sehari.
- Sup ayam juga bagus untuk melegakan selsema. Cara yang lain untuk melegakan selsema ialah dengan menumbuk halia dan mengambil 1 sudu teh jus halia. Maniskan dengan madu dan ambil 3 kali sehari untuk 4 hari.
3-Sakit Kepala dan Migrain
- Rebus beberapa kangkung dalam beberapa minit. Tuangkan air rebusan kangkung dalam gelas dan kemudian tambahkan secubit garam, kacau dan minum.
- Genggam beberapa ulas bawang putih dan gosokkan pada dahi.
- Ambil sekeping ubi kentang yang nipis dipotong dan letakkan pada dahi. Ganti dengan kepingan kentang yang lain selepas kepingan yang tadi kering.
4-Sakit tekak
- Letakkan satu sudu teh garam dalam secawan air suam. Kemudian kumurkan dengan air itu.
5-Cirit-birit
- Banyakkan meminum air bagi menggantikan cecair badan yang hilang. Garam ORT juga dapat membantu
- Minum teh kosong tanpa gula juga boleh melegakan cirit birit
- Elakkan pengambilan susu ketika cirit birit
6-Sembelit
- Banyakkan meminum air bagi melegakan sembelit
- Banyakkan pengambilan serat dalam makanan, seperti pisang dan juga roti gandum penuh
No comments:
Post a Comment