Plz note actual date to Port Dickson was on 13-15 Nov, 2015.
picture taken the next morning |
Kali ni aku nak kongsi staycation yang pelik tapi menarik iaitu bermalam di Tepee located in Eagle Ranch Resort (RM154 per tepee booking via agoda). Tepee merupakan kediaman puak ‘red indian’ dan ia berbentuk kon. After maghrib, kami bertolak dari Sepang menuju ke Eagle Ranch Resort yang terletak di area Pasir Panjang, Port Dickson. Kami memilih melalui jalan kampung dan bukannya SPDHighway, so kami akan keluar di tol lukut (RM0.80) dan perjalanan mengambil masa 1 jam dari Sepang ke Eagle Ranch Resort.
Alhamdulillah, after check in excited tengok bilik dulu sebelum pegi makan. Paling lawak, kunci pintu bilik adalah hanya kunci mangga. Jenuh gak aku nak bukak cuz mangga tu ketat kot. Aku ngan mmber bertukar tangan gigih mencuba bukak mangga pintu.
interior of tepee |
Setelah mangga terbuka, hepy giler then berkobar nak tengok suasana kat dalam Tepee. Lampu tu paling ancient skali. Bilik dilengkapi dengan katil, coffee table, aircon, fan, tv, toiletries and ensuite bathroom with water heater.
course challenge |
After freshened up, we having a dinner at Medan Ikan Bakar Pasir Panjang located around 5 minutes driving dari Tepee. Plan nak makan ikan bakar, tapi tukar menu cuz air asam tak de. So, kami dinner ikan sambal (1 ekor ikan jaket) dan sotong goreng tepung (2 ekor medium squid). Teka bape RM? Hanya RM15 je skali ngan jus epal (2 gelas) dan nasi putih (2 pinggan).
bandwagon |
Dekat area Pasir Panjang ni, kebanyakkan kedai atau mini mart ditutup paling lewat pukul 8.00 malam. Kedai 24hours memang tak de kat area ni. Kalu korang nak beli barang, beli siap-siap masa kat town PD tu taw. Perjalanan dari Pasir Pajang ke PD lebih kurang 30 minutes driving.
kampung house |
The next day, after breakfast kami hang around dalam resort ni. Kami dropped by bandwagon, paddock chalets, kampung house and log cabin. Tepee kami bersebelahan ngan kampung house. Yang best kampung house ni cuz it was built on stilts dan kat bawah tu leh mandi-manda kire macam pool area. Around noon, kami checked out dan meneruskan perjalanan mencari campsite.
Once went out from guard entrance, arah kanan adalah jalan keluar ke jalan besar iaitu jalan yang dilalui masa anda datang. Manakala arah kiri merupakan lorong kecil yang berturap menuju ke pantai Pasir Panjang, agak private dan sunyi sket kat situ.
Once went out from guard entrance, arah kanan adalah jalan keluar ke jalan besar iaitu jalan yang dilalui masa anda datang. Manakala arah kiri merupakan lorong kecil yang berturap menuju ke pantai Pasir Panjang, agak private dan sunyi sket kat situ.
Alhamdulillah masa kami melalui lorong kecil menuju ke Pasir Panjang tadi, hanya kereta kami sorang je. Kereta kalu selisih sukar juga cuz jalan kecil memang muat tuk kereta sehala je. Sekiranya anda nak pegi juga, paling sesuai motor la. Nak redah pakai kereta pun ok je cuz tak ramai yang lalu sini. Kalu takut, takpe aku suggest korang leh g area kat Medan Ikan Bakar Pasir Panjang yang aku dinner semalam. Kat situ scenery pun cantik siap ader jetty lagi.
Dataran Teluk Kemang PD |
Seterusnya kami menuju Port Dickson dan melalui area Batu 9 Pantai Purnama (berdekatan Ancasa Apartment PD) iaitu salah satu tempat sewaan tapak perkhemahan. Then, kami meneruskan perjalanan dan singgah lunch di Dataran Teluk Kemang PD. Gerai makanan dan barangan memang banyak kat sini. Dataran ada aktiviti kanak-kanak seperti ‘pony ride’ and ‘scooter ride’. Dataran ini berdepan dengan Pantai Teluk Kemang dan bersebelahan dengan PD Wellness Walk.
pastikan khemah anda tidak jarang |
Kami meneruskan perjalanan mencari camping site di Batu 4 Pantai Saujana iaitu berdepan dengan Petronas Port Dickson. Bagi pandangan aku, tempat ini memang sesuai untuk mereka yang pertama kali nak merasa berkhemah, family camping ataw pun mereka yang nak berkhemah tapi tak nak mencabar sangat.
nite market (blue canopy) |
Tapak khemah percuma dan berdekatan dengan pelbagai kemudahan seperti bilik air (RM0.50), shower room (RM1.00), surau, baywatch, pantai (mandi dan water sports), kedai, pasar malam (hari sabtu), gerai dan petronas.
Selain itu, boleh je beli iced-blended kat kiosk sambil santai di bench ataw gazebo yang disediakan. Nak lagi best sewa je tikar, then duk ramai-ramai sambil santai menikmati pemandangan, sunset berserta angin sepoi-sepoi bahasa.
Alhamdulillah, finally khemah kami siap dipacak! Berbaring dan melihat view kat luar dari dalam khemah merupakan one of the best moment untuk aku! Petang ini memang panas, nak santai kat pantai pun macam tersejat aku nanti.
cara-cara memasang khemah |
Kami mandi di shower room (RM1.00) dan solat di Petronas cuz khemah kami dekat ngan Petronas. Petronas PD ni kecil je, so surau satu je, kongsi lelaki perempuan. Kalu ada lelaki, perempuan kena tunggu dan sebaliknya. Jangan risau nak berebut surau cuz surau ada kat hujung lagi satu iaitu berdekatan dengan baywatch.
Kami beli makanan kat pasar malam cuz dah plan nak having teatime dalam khemah sambil menikmati angin bayu dan sunset. Kami kurang bernasib baik cuz tak nampak sunset disebabkan awan tebal meliputi langit. Plus, nampak mendung so mungkin hujan malam ni. Risau aku, maklumlah takut khemah terbang ditiup angin.
Sebab tu khemah dipacak berdekatan dengan gazebo cuz kalu malam hujan ribut kot la khemah terbang, kami leh teduh kat bawah gazebo tu. Malam tu memang hujan lebat and khemah kami ada sket bocor. Alhamdulillah hujan sekejap je and aku terlena cuz sejuk kot.
solar lamp in tent |
Nitelife kat sini memang happening. After solat, kami dinner dalam khemah then ada busking kat tempat pasar malam tadi. Sebelum pulang ke khemah, kami dropped by kat pantai sambil menikmati pemandangan malam, melihat kapal terbang yang sekali sekala merentas di langit dan santai bersama deruan ombak.
Memandangkan tempat khemah kami dekat dengan Petronas dan traffic light, hence suasana tengah malam agak bising dengan bunyi hon dan motor racing. Plus, busking plak ended dalam pukul 3.00am. Namun, aku tetap lena walaupun sesekali terjaga seketika akibat bunyi kenderaan. Kalu sunyi, memang dapat dengar deruan ombak menghempas pantai.
before depart |
The next morning, kami jenjalan di pantai. Air laut agak keruh dan sesekali kelihatan plastic dan sampah dihanyut ombak deras. Bengang gak ngan mereka yang kurang rasa tanggungjawab sesuka hati buang sampah di pantai sedangkan tong sampah memang banyak disediakan. Aku choose jetski as our water sport. Brother jetski offer RM120 tapi after less pat la RM100/20minutes per jetski (RM50 seorang). Pada pandangan aku offer tu tetap mahal! Cuz jetski ride memang wishlist aku, aku proceed je la.
'jetski corner' in the middle of the sea |
Menurut brother jetski tu, offer dia mahal cuz jetski dia 4 strokes. Yang murah tu cuz 2 strokes je. Aku peduli aper baper stroke tu. Takat nak guna tak sampai setengah jam, 2 strokes pun aku tak kesah asalkan cheaper.
After freshened up, kami munched dekat lorry kiosk berdekatan. After zohor, kami packing dan terus bergerak pulang. Dalam perjalanan pulang, kami dropped by Medan Ikan Bakar MPPD. Malangnya waktu operasi bermula pukul 5.00 petang. Kami meneruskan perjalanan kembali ke Kuala Lumpur. Takat ni je perkongsian aku kali ni. Jom #dekatje ok.
No comments:
Post a Comment