Saturday, February 2, 2013

Petua / Cara Merawat Rabun (Quran, 50:22, Carrot, Pinhole Spec)

Salam semua. Semoga kiter semua sentiasa dirahmati Allah SWT. Amin.

Entry kali ni aku nak berkongsi mengenai Petua ataw Cara Merawat Rabun! Terdapat pelbagai cara, tetapi kaedah yang ingin aku kongsikan adalah seperti berikut :

1-Ayat Qur'an
Amalkan surah ke 50 iaitu Surah Qaf, ayat 22

Amalkan selawat Syifa’ dan sapu pada mata
Video source : youtube

2-Lobak Merah
Lobak merah mengandungi ‘beta carotene’ sumber baik untuk memperbaiki penglihatan dan mencegah penglihatan yang lemah. Iyer, mmg terdapat insan yang tak minat langsung dengan lobak merah ni sebab bau dan rasanya. Tapi jangan ikut suke ke tak, malah kena wat yang sepatutnya iaitu kena makan jugak lobak merah ni sebab khasiatnya. Hahaa, kalu tak leh telan sgt, cuba hiris halus2 then rendam dan cuci dengan air suam, then makan buat ulam dengan nasi ataw dengan roti mcm sandwich, ataw wat juice carrot+susu ataw yogurt ataw eskrim ataw apa-apa la. Kena lebih creative la, baru menarik.

3-Pinhole spec
Cermin mata ni ringan, tak der “power“ dan nampak biasa jer. Tapi ader banyak lubang kecil dan lubang kecil tu la yang mengawal jumlah cahaya yang masuk ke dalam mata. Tu la cara pemulihan & rawatan semulajadi untuk memperbaiki rabun. Pinhole spec ni nampak biasa, tapi the result is extraordinary! Alhamdulillah syukur.


Pinhole spec ini sesuai digunakan sewaktu membaca, melihat komputer dan menonton tv. Adalah dinasihatkan agar tidak menggunakan pinhole spec ini sewaktu memandu, berjalan dan mengendalikan mesin/jentera. Untuk rabun jauh guna pinhole spec untuk melihat objek jauh seperti menonton tv, sekiranya rabun dekat lihat objek yang hampir seperti membaca.

Cara penggunaan pinhole spec :
1. Setelah pakai pinhole spec, pejam mata selama 10 saat
2. Buka mata dan lakukan gerakan mata kekiri dan kekanan sebanyak 10 kali
3. Secara perlahan-lahan gerakan mata mengikut arah pusingan jam sekali dan melawan pusingan arah jam sekali
4. Pejam dan buka mata beberapa kali agar mata dapat fokus

Maklumat lanjut dan info tambahan mengenai pinhole spec ni, boleh layari naturalvisionpinholeglasses

3 kaedah yang dinyatakan di atas perlu dijadikan AMALAN. Insya-Allah akan beransur pulih dan berkesan! Amin.

Selamat Mencuba!

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...