Showing posts with label South Korea. Show all posts
Showing posts with label South Korea. Show all posts

Wednesday, April 30, 2014

South Korea: Other Moments

On the way balik dari Seoul Central Masjid, aku jumpa bunga kaler putih ni. Kebetulan ada pakcik korea lalu kat situ, aku tanya dia ni bunga apa and siap suh dia eja skali nama bunga tu, malangnya aku terlupa pe nama bunga tu. Best part kat MrKebab tu cuz dondurma (turkish icecream) and kitowg dah berangan kununs kat Istanbul la. Dondurma merupakan aiskrim yang mengandungi bahan seperti susu, gula, salep dan mastic. Oleh sebab itu, dondurma tidak seperti aiskrim biasa kerana bersifat agak elastic dan agak lambat untuk cair. Plus, sebelum nk beli aiskrim tu ader trick bagai oleh penjual.

Kami sempat snap gambo kincir angin (wind turbine) modern, but gambo tak clear sangat cuz jawuh n bus bergerak. Then yang tu kincir angin (windmill) traditional kami snap kat Everland.

South Korea: Gyeongbok Palace-National Folk Museum Korea-Blue House (Day 5th)

Hari ni hari terakhir kami di South Korea. Jung, Ray, Frank, Mickey akan berpisah dengan kami. Ok jangan sedih dulu, kiter pegi melawat museum dulu. Aku beli fridge magnet dan stamp sebagai cenderahati.

Next kami went to palace and dekat je dengan museum. Aku tak pasti waktunya, tapi geng aku sempat nengok 'Guard Changing Ceremony' at this palace. Aku tak sempat le cuz masa tu sebok beli souvenir kat museum. Penjaga Istana yang pakai baju biru tu adalah manusia okey. Kami mula2 ingat patung tiba2 nampak dia kelip2 mata.

Friday, April 25, 2014

South Korea: Seoul-Seoul Central Masjid-Itaewon (Day 4th)

After having our breakfast at Taj Palace, we stopover at Korean Ginseng. As per briefing, the best ginseng to harvest is on year 6. Sng je nak kenal pokok tu dah baper tahun. Kiter nengok kat tangkai daun. Tahun pertama, akan ada 2 hingga 5 daun. Tahun kedua, 10 daun. Tahun ketiga, 15 daun. Tahun keempat, 20 daun. Tahun kelima, 25 daun. Tahun keenam, 30 daun dan pokok ginseng ini yang akan diambil akarnya untuk dijadikan herba dan makanan tambahan. Otw balik aku jmp korean melon and fresh strawberry. Later we went to IBC Cosmetic. Terdapat pelbagai jenama cosmetic dan penjagaan kulit dijual di sini termasuklah barangan faceshop and leaders. Note: Sila hati-hati cuz terdapat facemask dari sumber babi dijual di sini (tak ingat brand apa).

Kami solat di Seoul Central Masjid di Itaewon. Menurut sumber, pada tahun 1962, kerajaan Malaysia telah menawarkan geran US$ 33,000 untuk sebuah masjid yang akan dibina di Seoul. Walau bagaimanapun, rancangan tersebut terbantut akibat inflasi. Minat terhadap Islam mula meningkat hanya bermula pada sekitar 1970-an ketika hubungan ekonomi Korea Selatan dengan banyak negara Timur Tengah menjadi ketara. Sebahagian orang Korea yang bekerja di Arab Saudi telah memeluk Islam; apabila mereka menyempurnakan tempoh kerja masing-masing dan pulang ke Korea, mereka memperkukuhkan bilangan orang Islam asli. Masjid Pusat Seoul akhirnya dibina di kejiranan Itaewon, Seoul pada tahun 1976. Hari ini terdapat juga masjid di Busan, Anyang, Gwangju, Jeonju and Daegu.

South Korea: Kimchi-Hanbok-Icheon Farm-Everland Resort (Day 3rd)

We went through selfmade kimchi by well-informed tutor. Kimchi adalah kobis/sayuran yang dijerukkan dan rasa kimchi adalah spicy dan sour. Terdapat pelbagai jenis kimchi seperti kimchi lobak putih (radish kimchi atau katugi) dan kimchi sotong. Namun yang paling popular adalah kimchi kobis. Aku dipahamkan kobis yang digunakan di kilang kimchi ini diperolehi dari kawasan pergunungan dan lobak putih pula dari area jeju. Antara bahan yang digunakan adalah garam dan serbuk lada. Blh order nk kimchi yang jenis mcmn and mereka akan bungkus siap hantar terus kat Incheon Airport.

Seterusnya kami ke aktiviti mencuba pakaian traditional korea iaitu Hanbok. Amboi masing-masing macam puteri dan putera korea zaman dynasty dulu *perasan* hehee.

Thursday, April 24, 2014

South Korea: Mount Seorak-TeddyBear Museum-Daepohang Fish Market-Vivaldi Park (Day 2nd)

Kami checked out and continued d journey to Mount Seorak. Mount Seorak adalah puncak tertinggi dari rangkaian pergunungan Taebaek, terletak di wilayah Gangwon. Mount Seorak adalah gunung ke-3 tertinggi di Korea Selatan setelah Mount Halla di Pulau Jeju dan Mount Jiri di Gyeongsang Selatan. Yeyy best cuz dapat pijak pegang salji.

Seoraksan (seorak=salji san=gunung)
Kami nek cable car to kwonkeum castle. Di sana kami nk hiking sampai atas, however Jung advise us not to due to the track/trail has been covered by snow. Kami degil nek gak, tapi pat nek half je le tak sampai atas pun cuz kasut kami tak sesuai. Masa nk balik ke bus, kami jumpa chestnut. Best sebab dapat nengok kulit luar dia yg bulu-bulu tu. First time aku tengok. Slalu nengok tinggal nak makan je.

South Korea: Incheon-Nami Island-Seorak Sun Valley (Day 1st)

Plz note the actual week went to South Korea was on 22-26 Mar 2014.

South Korea time = GMT +9
South Korea currency = KRW (Won)
Currency rate = 3.2 (e.g 1000 = RM3.2), abaikan 3zero kat belakang kiwe 1 = 3.2 sng kiwe
Language = Korean

Kami berlepas dari LCCT pukul 1.00am. KembaraSufi merupakan travel agent kami. Before boarding, we were briefed by Faiz yang merupakan wakil dari KembaraSufi. Faiz menerangkan in rural area of South Korea, kami akan makan di restaurant seafood ataw vegetarian meal cuz sukar/takde kedai makan daging halal. Kami nek AirAsia X, takde LCD nk tgk movie and aku tak aware yang agent kami tak order meal onboard. Kalu nk meal onboard kena request kat agent lebih awal. So, aku pun order je dlm flite itu dia nasi goreng (RM14 kot) dan air mineral (RM4).

Setibanya kami di Incheon International Airport, tour guide kami dah tunggu dengan siap bawak board “KembaraSufi”. Aku ingat orang Malaysia yg bawak jenjalan ngn handle tour kat Korea ni. Rupenye dia sub/jv kat Korean gaks. Ow begitu. Total pax adalah lebihkureng 65orang yang dibahagikan kepada 2 bus. Kami dalam grup KembaraSufi BusNo1 (Jung & Ray). Lagi satu grup KembaraSufi BusNo2 (Frank & Mickey). Inilah scenery sepanjang perjalanan antara airport dan destinasi seterusnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...