Sujud syukur ialah satu sunnah yang ditinggalkan kepada kita untuk sujud
dalam menunjukkan terima kasih atas nikmat yang dilimpahkan Allah s.w.t
atau atas terhindarnya seseorang dari marabahaya dan malapetaka. Bila
menerima sesuatu yang baik dan menggembirakan, maka kita diajarkan untuk
sujud syukur.
Rukun sujud syukur adalah seperti berikut :
Rukun sujud syukur adalah seperti berikut :
1. Niat 2. Takbiratul Ihram 3. Sujud (sekali sahaja) 4. Salam
Dan syaratnya sama seperti hendak
sembahyang fardhu, iaitu dalam wudhu, mengadap kiblat, menutup aurat dan
sebagainya. Ini maknanya, anda boleh mulakan sujud syukur, dalam duduk
(macam duduk antara dua sujud).
Sujud syukur seperti yang dijelaskan di
atas merupakan satu ibadat yang tuntutannya adalah sunat. Cara
melakukannya pun mudah tetapi nilainya tinggi di sisi Allah sepertimana
yang dijelaskan oleh hadis Baginda tentang kelebihan sujud syukur ini.
Dari itu, Diingatkan supaya jangan
dilepaskan peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya
merupakan tuntutan sunat tetapi dengan melakukannya bererti kita
menghidupkan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan dan
tidak mengabaikan ajaran Islam.
Berikut adalah ayat yang digalakkan dibaca sewaktu sujud :
Maksudnya: ”Aku sujudkan wajahku ini
kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka
pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik
Pencipta”.
Jika anda tak hafal yang ini, dan mahu mengerjakan sujud syukur, masih boleh. Baca sahaja yang anda selalu baca waktu
sujud. Ringankanlah badan kita untuk melakukan sujud syukur selalu, agar
kita tidak lupa diri dengan kejayaan atau kecapaian sendiri.
[Source : shakirshafiee]
Senang dilakukan tapi bilakah terakhir kita lakukan? ataw tak pernah buat langsung?? Sama-sama lah kiter lakukannya. JOM!!
Senang dilakukan tapi bilakah terakhir kita lakukan? ataw tak pernah buat langsung?? Sama-sama lah kiter lakukannya. JOM!!