Sunday, March 24, 2013

Kegunaan Pandan (Pandanus adorus)

Daun Pandan yang dibuat bentuk bunga Rose! style kot.
Mungkin ada yang tak ambil peduli kegunaan pandan ni. Oleh itu, aku nk highlight sket pasal pandan. Aku suggest tanam je kat umah dari beli. Berbaloi taw. Kalu beli kat kedai, 50 sen seikat kecik tu, ader 3-4 helai je. Kdg2 dapat tak berapa nk segar lak tu. Oleh itu, jom la tanam pandan. Jangan bagi alasan susah nk tanam ek, sbb tanam dalam pasu pun blh je. Then, pandan ni senang hidup taw, iaitu pakai anak pokok ataw akar je!

Daun pandan berbau wangi sesuai dijadikan perasa makanan, pewarna dan pewangi. Selain itu, juga dijadikan kulit makanan seperti kueh tako dan tepung pelita. 


(Huh sure ader yang blur la tu tak reti beza tako ngn tepung pelita tu. Ader yang 1st time baru dengo la tu. Aduish, tewuk la budak zaman skung ni. Amik tau sket kuih traditional ni anak-anak yer. Byk khasiat nyer taw. Unik lagi plak tu. Hurm, tako yaki tu len plak ye.)

Selain itu, daun pandan yang ditumbuk, diambil airnya dan kemudian dilumur ke rambut, maka rambut akan menjadi bersih, lebat dan menyejukkan kepala.

Daun pandan juga berkesan menghalau lipas (tak caya try letak dalam drawer/cabinet or kat mana2 tempat yang byk lipas) dan menghilangkan bau busuk (e.g put inside the fridge or car).

Kalu nasi hangit or beras lama, letak daun pandan bersama nasi dan tutup periuk, nasi akan hilang bau hangit/bau lama dan berbau wangi serta enak.

Selamat Menanam Pandan!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...