Saturday, May 26, 2012

FUCOIDAN


I believe Fucoidan is one of the best supplement besides Spirulina and Sea Cucumber (Gamat). As per my understanding, I summarize Fucoidan as below :

Pengenalan (Intro)
Fucoidan merupakan ekstrak rumpai laut (brown algae) yang dapat membekalkan nutrient yang diperlukan oleh tubuh dengan mengaktifkan penghasilan semulajadi sel stem dalam badan. Sel stem (sel induk) berfungsi memperbaharui semula sel dan membeza / menyesuaikan menjadi sel-sel unik dalam pelbagai jenis tisu. Sel stem boleh membentuk menjadi sel sihat pada mana-mana bahagian badan yang memerlukan pemulihan. Ia berupaya menjadi sel baru untuk menggantikan sel yang lama termasuklah sel untuk otak, ginjal, hati dan lain-lain.

Kebaikan (Benefits)
-Anti kanser dan anti tumor
-Menguatkan daya ingatan, memperbaiki daya tumpuan dan menajamkan penghilatan
-Sifat antioksidan yang lebih tinggi berbanding vitamin c dan ekstrak biji anggur

-Mempercepatkan pemulihan kulit, menghindari iritasi/celaan kulit, kulit lebih sihat dan kelihatan lebih muda
-Meningkatkan Imunisasi; kandungan vitamin dan mineralnya menyerupai kandungan susu ibu
-Memperbaiki sistem kardiovaskular
-Mengurangkan sakit sendi
-Pengurusan berat badan
-Melegakan keradangan

Kesan Sampingan (Side effects) (Credit to livestrong)
Alahan (Allergy)
Walaupun sangat jarang berlaku, tetapi tidak mustahil berlaku tindak balas alahan pada tubuh. Antaranya seperti leher, tekak dan muka membengkak, kesukaran bernafas, meningkatkan kadar denyutan jantung, dan terdapat ruam atau gatal-gatal.

Anti beku darah (Anti-coagulant)
Berkemungkinan mempunyai sifat anti beku darah yang boleh mengakibatkan darah sukar untuk membeku apabila terluka dan pada sesetengah keadaan boleh menyebabkan tubuh lebih mudah untuk lebam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...