Friday, March 6, 2015

Resepi: Laksa Johor


Bahan-bahan:
1 kilo #ikanparang
1 cawan #kariikan
2 sudu besar kerisik
1 biji kelapa ( ambil santan )
2 labu bwang besar, 5 ulas bwang kecil, 6 ulas besar bwang putih
5 btang serai
Sedikit halia
Setengah cawan udang kering
Sedikit lengkuas
Satu asam keping
Garam dan gula
1 - 2 bungkus #spaghetti
1 senduk besar minyak mkn
Sedikit rempah tumis dan sedikit hirisan bawang


Kaedah:
1. Celur spaghetti hingga lembut dan toskan
2. Bersihkan ikan kemudian bakar (jngn garing lembab lembab aje)
3. Blend bawang , lengkuas dan serai dan halia
4. Blend isi ikan dan udang kering + air lebih
5. Panaskan minyak dlm periuk
6. Masukkan rempah tumis dan hirisan bawang
7. Bila dh wangi masukkan rempah yg dah blend tadi ( bawang, halia, serai dan lengkuas)
8. Masukkan rempah kari yg telah dicampur air
9. Dah garing masukkan isi ikan dan udang kering
10. Kacau sekejap kemudian masukkan santan ( kepekatan ikut suka)
11. Setelah mendidih masukkan kerisik dan asam keping
12. rasa garam n gulanya
13. Masak hingga timbul minyak

#sambalbelacan (tumbuk cili merah dan belacan + sikit garam)
#ulam:Daun kesum, daun selasih, bawang besar mayang halus, kacang panjang potong halus, timun dan taugeh

yeyy dah siap. senang je. selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...