Ingredients:
200g perencah Laksa Sarawak, ½ ketul dada ayam, 1 peket Bihun, 300g taugeh, 250 ml susu cair, Garam secukup rasa, Daun sup, 4 biji telur ayam, Halia (sebesar ibu jari), 4 ulas bawang putih, 5 sudu besar cili kisar, Sedikit belacan, Sedikit limau kasturi, Sedikit bawang goreng
Method:
Bahan A :
Bihun dan taugeh dicelur ke dalam air panas. Isi ayam direbus bersama halia dan bawang putih. Setelah empuk, isi ayam dicarik halus. Telur ayam digoreng dadar dan dihiris. Daun sup dicincang.
Bahan B (Kuah) :
Air rebusan ayam + air + perencah laksa Sarawak + susu cair + garam
Bahan C (Sambal) :
5 sudu besar cili kisar digaul mesra bersama belacan yang ditumbuk halus. Kemudian, digoreng dgn minyak yang sedikit.
Cara Hidangan :
Masukkan bihun, taugeh, telur, isi ayam dan daun sup. Kemudian masukkan kuah. Letakkan sambal, bawang goreng dan sedikit perahan limau kasturi. Hidangan recipe ini untuk 5-6 orang.
Credit to Chef Dilla
No comments:
Post a Comment