Thursday, September 6, 2012

Resepi Mi Daging Angkasa


Ingredients:
1 peket Mi kuning
300g daging lembu dihiris nipis
½ ulas bawang besar dipotong dadu
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 tangkai cili padi
7 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tomato
1 biji tomato
300g sawi
200g lobak dihiris nipis
2 gengam taugeh
3 rumpun kucai
2 biji telur ayam
3 sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa
Sedikit air untuk merebus daging

Method:
Tumis cili kisar sehingga pecah minyak. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili padi. Campurkan daging, sos tomato, kicap dan sedikit air untuk merebus daging. Setelah daging empuk, masukkan lobak dan bawang besar. Letakkan sedikit garam dan telur. Masukkan mi kuning dan kacau sehingga mesra. Setelah bahan-bahan mesra, masukkan sawi, taugeh, tomato dan kucai. Tunggu sehingga sayuran masak.

Enak dihidangkan bersama daun sup, bawang goreng dan keropok ikan. Hidangan recipe ini untuk 4-5 orang.

Tips: Jangan campurkan garam semasa/sebelum daging direbus bagi mengelakkan daging menjadi liat. Sebaiknya, garam dicampurkan setelah daging empuk.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...