1. Cirit birit
Kulit buah diambil dalam sekitar 20 gram dan tiga gram bunga cengkih atau kayu manis lalu direbus dalam air 250 ml. Ketika air itu sejuk, pesakit perlu minum 30 hingga 40 ml air sebanyak tiga kali sehari selama beberapa hari.
2. Suara serak
Rebus 20 gram kulit buah dan dua hingga tiga gram tawas dalam 250 ml air. Kemudian gunakan air ini untuk berkumur.
3. Sakit telinga
Campur sedikit madu dengan satu sudu teh jus buah delima. Campuran dipanaskan dan dititis dua hingga tiga titik ke dalam telinga supaya sakit telinga hilang.
4. Mata kabur
Isi jus delima segar diletakkan di dalam botol kecil di bawah sinar matahari. Jus ini akan menebal dalam beberapa hari. Lalu jus disapukan pada mata.
5. Gangguan sistem penghadaman dan ginjal
Tuangkan sekitar satu setengah liter jus ke dalam mangkuk sampai hampasnya timbul. Kemudian asingkan jus dari hampas dengan penuras melalui kain bersih. Tuangkan dalam botol sehingga dua pertiga. Tambah 250 gram gula dan jintan 10 gram. Biarkan di bawah sinar matahari selama seminggu tetapi kocak beberapa kali sehari. Berikan pesakit 30 hingga 100 gram sekali sehari.
6. Kurang selera makan
Minum jus buah dalam kes kurang selera makan. Jus ini juga baik untuk melegakan radang usus dan sembelit.
7. Sakit perut
Taburkan sedikit garam dan lada pada biji delima yang segar dan makan.
8. Kecacingan
Kulit akar pohon delima sangat beracun bagi cacing usus. Rebus dua inci kulit akar dalam secawan air. Setengah cawan ramuan harus diberikan tiga kali sehari denganjarak masa dua jam untuk orang dewasa. Dua jam selepas dos terakhir ia harus diberi minyak jarak untuk membersihkan sistem. Dos untuk kanak-kanak adalah 1/3 dari orang dewasa.
9. Demam
Campurkan sejemput serbuk kunyit dalam segelas jus buah delima. Minuman ini sangat baik untuk melegakan deman serta menghilang rasa haus.
10. Kegatalan di bahagian anus
Gatal di bahagian anus adalah disebabkan parasit dalam usus (cacing) pergi ke dubur untuk bertelur. Panggang kulit delima sampai berwarna coklat gelap sehingga rapuh. Hancurkan ia kemudian taburkan serbuk di atas kain dengan campuran sedikit minyak makan lalu disapu di sekitar anus.
11. Sakit gigi dan gusi
Selalu menggunakan serbuk gosok gigi dari kulit buah, boleh membantu mencegah dan mengubati kerosakan gigi dan penyakit gusi. Ia membersihkan gigi, serta menjadikan ia putihberkilau. Untuk membuat serbuk, keringkan kulit di bawah sinar matahari sehingga kulit buah menjadi rapuh. Serbuk tersebut dicampur dengan sedikit lada hitam halus dan simpan di dalam botol. Gunakan setiap hari dengan berus gigi, atau gosok dengan jari.
12. Buasir berdarah
Hancurkan sepuluh gram kulit dari buah delima yang masam. Rebus dalam air dengan sukatan 250 ml bersama pemanis gula serta minum di waktu pagi dan petang.
Kaedah diatas merupakan alternatif rawatan and please note curing is on your own risk. Saya terjumpa info rawatan di atas semasa update/clean up info dlm lappy saya dan tak ingat saya dapat dari link yang mana. Kepada pemilik/penulis artikel tersebut, saya mohon kebenaran untuk share info rawatan ini dan terima kasih.
No comments:
Post a Comment