Bahan-bahan:
105 g mentega
½ cawan gula
1 butir kuning telur
¾ cawan tepung naik sendiri
¼ cawan tepung gandum
¾ cawan kismis
Empingan jagung (dihancur kasar/diramas sedikit)
Kaedah:
Putar mentega dan gula sehingga kembang dan ringan. Masukkan kuning telur dan pukul. Ayak bahan-bahan kering dan adun hingga sebati. Masukkan kismis.
Golekkan secamca teh penuh adunan ke dalam cornflakes yang telah di hancurkan sedikit. Letakkan di atas dulang pembakar yang digris dan dibakar dalam ketuhar sederhana panas selama 12-15 minit.
Senangkan? Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment