Tuesday, October 1, 2013

Book : Mencari Doa yang Makbul

Penulis : Ustaz Abdul Rahman Mohamed

Penerbit : Kharisma Network Sdn Bhd

Harga :
Semenanjung RM 16.00*
Sabah/Sarawak RM 18.50*

Buku ini cukup menarik kerana menyatakan perihal doa secara lanjut. Antara yang menarik dalam buku tersebut adalah topik “Bolehkah Doa Merubah Takdir?”. Disini saya akan coretkan sedikit mengenainya. Nak tahu lebih lanjut, sila beli buku ni ek.

Walaupun sesuatu itu telah ditetapkan dan mengikut apa yang dikehendakiNya (takdir), namun demikian Allah SWT juga berkuasa merubah takdir itu.

Firman Allah SWT :
“Allah akan memadam apa yang Dia kehendaki dan Dia akan kekalkan (apa yang Dia kehendaki), dan di sisiNyalah ada Kitab Induk (kitab catatan segala sesuatu).” (Ar-Ra’ad:39)


Oleh itu janganlah kita berputus asa dari berdoa, mintalah apa sahaja dari Allah SWT walau terpaksa berdoa sebanyak seribu kali sekalipun, niscaya Dia akan kabulkan walaupun doa itu akan merubah sesuatu yang sudah ditakdirkanNya.

Allah SWT tidak suka kepada orang yang berputus asa, khususnya yang berputus asa dalam berdoa.

Firman Allah SWT :
“..janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah sesungguhnya tidak akan berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Yusuf:87)

Ingin mengetahui kesemua tips dan penerangan selanjutnya, sila lah beli buku ni. Bagus taw! Info tu, bukan je untuk diri kita, malahan sebagai panduan dan dapat berkongsi info tu ngn kengkawan yang len. Sama-sama lah kite semua memperbaiki kualiti doa kita. Semoga ilmu yang diperolehi dipraktikan sebaik mungkin. Insya-Allah. Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...