Plz note actual date went to Perth, WA was on 14-17 March, 2015 (4D 3N).
Selepas sarapan toast and tea, kami gerak ke AQWA (Aquarium of Western Australia). Dari Adelaide Terrace (tempat penginapan), kami walked up till Australia Post (pejabat post) di Hay St and opposite Australia Post ada Carlton Centre. Antara shoplotnya adalah as picture above. Kami naik bus depan Australia Post ke stesen train Perth (ada arca cactus kaler hijau opposite Perth Rail Station).
Selepas sarapan toast and tea, kami gerak ke AQWA (Aquarium of Western Australia). Dari Adelaide Terrace (tempat penginapan), kami walked up till Australia Post (pejabat post) di Hay St and opposite Australia Post ada Carlton Centre. Antara shoplotnya adalah as picture above. Kami naik bus depan Australia Post ke stesen train Perth (ada arca cactus kaler hijau opposite Perth Rail Station).
Next, amik train laluan Joondalup/Butler (green line) dari Perth ke Warwick. Di stesen Warwick, amik bus no 423 ke Hillarys Boat Harbour. AQWA terletak di dalam area Hillarys. Masa beli tiket train, kami dinasihatkan oleh Security kat situ agar membeli tiket ‘family rider’ dan ‘day rider’. Kebetulan hari ni adalah weekend (Ahad) dan kami pula 8 orang, maka lebih jimat guna rider pass. FamilyRider adalah unlimited travel pass untuk max 7 orang manakala DayRider pula unlimited travel untuk seorang sahaja.
Landscape taken dari dalam train sewaktu menuju ke Warwick Station. Masa amik gambo ni, kami telah ditegur ‘hello amoi!’. Kami pun toleh le sape dia ni? MatSalleh reti cakap amoi ke? Jeng3, seorang chinese guy berasal dari Malaysia yang bekerja di Perth.
Di stesen Warwick, sementara tunggu bus nk ke Hillarys, gadis yang duk tengah tu beli air kat vending machine kat situ. Beli mocha but dapat plain water je! Sedih kot! Tapi lawak pun ader. Tu la kami abis gelak termasuk dia pun tersenyum lebar tunjuk gigi je le.
Banyak shoplot and café kat area Hillarys ni. Setelah leisure walked, akhirnya kami sampai gak kat entrance of AQWA.
Antara landscape yang sempat captured sebelum masuk AQWA.
AQWA lebih kurang macam Aquaria KLCC, ada tunnel and travelator sume siap. Mungkin kalu ada dolphins baru aku rasa best kot!
Pineapplefish; ikan berwarna kuning dan dikenali juga sebagai Knightfish.
Anemonefish juga dikenali sebagai clown fish dan Nemo, makanan utamanya adalah plankton dan alga.
Seadragon lebih kurang macam kuda laut (seahorse). Terdapat pelbagai jenis seadragon di perairan Aussie termasuklah Leafy Seadragon as video above.
Plz note Reefwalker hanya ditawarkan setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pada October sehingga April sahaja dan perlu booked terlebih dahulu. Pakej Reefwalker experiences cost was AUD20 termasuklah peralatan, diving suit, taklimat dan instructor. Reefwalker akan bernafas menggunakan oksigen hose yang disediakan. Sebelum menyelam, visitors diberikan taklimat sepenuhnya mengenai Reefwalker ini. Sebarang pengalaman menyelam ataw berenang tidak diperlukan dan instructor sentiasa bersedia menghulurkan bantuan sepenuhnya. Kalu tak silap tempoh min underwater adalah hanya 5minit. Tapi kira best la cuz cepat, senang, dapat landscape dasar laut yang amazing, ikan warna-warni ngan discovered the living coral reef.
Next, kami menuju ke AQWA touch pool, visitors dibenarkan pegang pelbagai jenis tapak sulaiman (starfish) yang ada kat dalam pool tu.
Gambar kanan: Pari kaler hitam biasa le tu Gambar kiri: Pari batik, ada 3 ekor tu 1st time aku nengok tak sangka pari ni ada yang cantik juga |
Seterusnya, kami melawat Stingray Bay yang merupakan sebuah kolam cetek yang menempatkan pelbagai jenis ikan pari. Antaranya, ikan pari ‘smooth ray’ merupakan ikan pari terbesar di dunia, boleh mencecah sehingga 4m panjang dan ‘smooth ray’ ini juga boleh swim backwards!
Aktiviti petang dipenuhi dengan melawat Fremantle town. Fremantle merupakan sebuah bandar pelabuhan, maka kat sini seascape memang sangat cantik. Kami naik train ke stesen Fremantle iaitu stesen terakhir untuk laluan biru (fremantle line). Nak nek ferry pun leh, amik kat Barrack St Jetty to Fremantle Port. Barrack St Jetty tu jeti semalam yang kami cruise ke South Perth.
Dah penat plus lapar cuz haven’t lunch, so we decided lunch fish n chips kat Cicerellos. Kire best gak having late lunch in front of Indian Ocean with harbour seascape plus ader seagulls lagi.
Kami makan tak abis, supposed share pun ok cuz ikan dia besar dan dua keping. Tapi tadi haloba sangat tu yang lupe nak share. After luncheon (boleh sebut tea-time la kot cuz lunch memang dah lewat), kami solat bawah pokok besar kat taman berdekatan. Ada toilet ngan bench skali kat situ, so senang la.
Berdekatan dengan taman tempat kami solat, ada Western Australian Museum, Shipwreck Galleries yang dibuka setiap hari 9.30 pagi sehingga 5.00 petang, dan tutup pada new year, good friday, boxing day dan Christmas day. Admission is free entry, suggested donation AUD5, tak donate pun leh masuk gak, kalu nak bagi lebih pun silakan. Setiap Rabu dan Ahad akan ditawarkan ‘behind the scenes tour’ pada pukul 10.30-11.30am. Plz note it is a free tour however bookings is essential (phone no: 1300 134 081).
Pemandangan berdekatan Cliff St
The Round House adalah bekas penjara dan merupakan bangunan tertua di Australia Barat (WA).
Kami melalui Fremantle Fire Station, yang menarik pat snapped reflection of Custom House kat cermin lori bomba tu.
Masa nak pegi E-shed Market untuk beli souvenirs, kami nampak Western Australia Maritime Museum. Paling best kat situ cuz dapat pengalaman berada di dalam kapal selam Oberon-class. Kami tak drop by cuz dah tutup. Plz note Fremantle Markets hanya dibuka pada setiap Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti umum sahaja dan waktu petang dah tutup, tak buka sampai malam. Then, kami pun kembali semula ke Fremantle Train Station untuk pulang.
Gambar kanan: Dalam train, fwen aku dapat boyfren matsalleh yang tersenyum riang lagi! Nengok kat cermin train, cantik kan pokok tu ketika senja. Gambar kiri: Then, setibanya di Perth train station, sementara tunggu bus nk balik ke penginapan, kami wat street photography. Layan je le kan.
Backpackers Perth, Western Australia:
Adelaide Tce, Stirling Garden, Swan Bell Tower, Old Mill, Funcatz (Day 1st, Part 1)
Halal Restaurant at Barrack St dan hangouts Kings Park Botanic Garden (Day 1st, Part 2)
AQWA Hillarys dan Fremantle (Day 2nd)
Kangaroo dan Koala di Caversham Wildlife Park dan Souvenirs Megabes Products (Day 3rd)
Halal Restaurant at Barrack St dan hangouts Kings Park Botanic Garden (Day 1st, Part 2)
AQWA Hillarys dan Fremantle (Day 2nd)
Kangaroo dan Koala di Caversham Wildlife Park dan Souvenirs Megabes Products (Day 3rd)
No comments:
Post a Comment