Plz note actual date went to Perth, WA was on 14-17 March, 2015 (4D 3N).
Pada Feb 2015, aku plan nk celeb pegi somewhere on March 2015 iaitu sebelum GST yang will be launced on April 2015. Nak pegi celeb cuz after GST implemented, traveling cost sudah tentu semakin mahal! Since this was immediate plan, aku decided Aust je le cuz murah sket and Perth area accessible by public transport.
Picture taken from AirAsia |
Kami bertolak 12.05am pada 14 March, 2015 di KLIA 2 menaiki Air Asia X flight dan perjalanan lebih kurang 5.5 hours. Aku order roasted chicken and cranberry gravy as supper onboard. Keadaan flight yg bumpy bouncy telah mengakibatkan aku pening muntah dan tak selera nak menikmati roasted chicken tersebut.
Aku muntah chezzy wedges *geli kowt*, itulah dia makanan terakhir sebelum aku onboard. Sepanjang aku travel sebelum ni, tak penah lagi aku begini, first time aku muntah. Then, flite atenden tu bagi aku minyak angin cap kapak after requested. Thanks.
Alhamdulillah, we reached Perth Airport safely. Plz note Electronic Travel Authority (ETA) visa diperlukan di negara ini. Senang je cuz leh apply online ataw lagi murah kalu apply kat travel agency di Malaysia. Plz note di Perth T1 International Airport ni, ada bilik solat di ground floor, dilabel sebagai ‘quiet room’ terletak di arrivals hall. Kalu tak pun, untuk muslim kowg leh solat je kat tepi hall, yang penting clean dan tidak menggangu lalu lintas. For muslimah, kowg leh solat dalam parenting/nursing room.
Kami meet up seorang brother, Malaysian yang baik hati. Dia tunjukkan kami kat mana nak amik bus. Aku dipahamkan tak de bus direct dari International Airport (T1) ke town. Oleh itu, dari International Airport kena amik transfer bus ke domestic airport (T3 and T4). Then kat situ ada bus ke town and other area. Setibanya kat domestic airport, kami ride on bus no 37 yang melalui Adelaide Terrace. Bus no 40 pun leh gak cuz melalui Adelaide Terrace as well.
Pemandangan yang sempat captured ketika dalam perjalanan ke penginapan adalah seperti diatas.
Berdasarkan itinerary yang dijanjikan, kami akan menginap di apartment hotel 3 star. Sehari sebelum bertolak aku dipahamkan kami hanya menetap di Exclusive Backpackers, bengang gak cuz dah bayar kot. Aku setuju join cuz agree ngan itinerary yang dijanjikan. Aku memang nak cancel cuz rasa tertipu, however ada fren kami yang nak pegi gak cuz dah feeling aussie sangat. Maka, aku pun proceed je.
Plz note aku tak kesah duk guest house, tapi sila booked yang bathroom attached! For me, safety is no compromise. Kowang imagine ek, nak g toilet kul 4.00am, then ada insan mabuk plak dekat area nk ke toilet, tak ke takut. Shower room di sini hanya gunakan langsir plastik sebagai pintu.
Mende paling sedih, travel agent tu hantar wakil yang tak penah pegi Perth! So kami ni banyak buang masa, terkial nk mencari tempat mana, timing bus kul bapa, amik kat area mana, then bile sampai tempat dah tutup. Plz note sebab utama traveler memilih guna travel agent adalah untuk memudahkan traveler as tourguide dan jimat masa cuz sume mende dah taw ngan berjalan lancar. Next time, kat Instagram ataw FB, sila state properly yang kowg tu mencari rakan backpacker, and kowg bukannya travel agent yang sediakan all-inclusive. Then, kalu dah backpackers style, price tu tolon le reduce. Jangan aniaya travelers. Ko mungkin tak sengaja aniaya kami, but plz jangan buat pada next onwards travelers.
Exclusive Backpackers ini terletak di Adelaide Terrace, East Perth. Depan accommodation ni, ada Rise Supermarket (open 24hours) dan berdekatan dengan Langley Park. Aku dipahamkan Langley Park ini sewaktu dahulu merupakan landasan kecil (airstrip) untuk pesawat berlepas dan mendarat. Kini taman ini merupakan taman awam untuk masyarakat bersiar-siar dan sangat sesuai untuk aktiviti riadah. Taman ini juga bersebelahan je ngan Swan River. Selain itu, berdekatan dengan deretan shoplot dan cafe.
Sementara menunggu bilik kami disiapkan, kami sarapan chocolate spread on toast and juice.
Exclusive Backpackers dilengkapi dengan kemudahan seperti self-served kitchen, hall, self-served laundry and patio. Bilik aku sebelah ngan patio, kalu aku malaz kuar ikut pintu, aku leh ikut tingkap je cuz lagi dekat, and tingkap dia jenis slide ke atas/bawah, macam slalu dalam movie omputih tu.
After rest a while and freshened up, our first dropped by was Swan Bell Tower. Bermula dari tempat penginapan kami acrossed the road, then took a right side ada bus stop. Kami ride on bus no 40 atau naik je sebarang bus yang lalu kat bustop tu cuz Adelaide Terrace-St Georges Terrace-Stirling Garden ni located satu jalan yang sama. Nak elak tersilap bus, sebelum naik bus sila bgtaw kat driver nk turun kat Stirling Garden. After bus dropped kami nearby entrance Stirling Garden, kami photography session terlebih dahulu kat ‘kangaroo statues’ artwork. Yang paling best kangaroo minum air tu. Perghh aku rasa best gile even batu je pun!
Then kami pun masuk ke Stirling Garden yang terletak di hujung simpang antara St Georges Terrace dan Barrack Street.
Stirling Garden merupakan taman awam tertua di Perth and bounded by Council House Gardens and Supreme Court Gardens.
Itu dia Swan Bell Tower dilihat dari Supreme Court Gardens. Ia merupakan senibina berbentuk seperti swan dan terletak di area Barrack Square.
Di dalam Bell Tower ini, terdapat loceng-loceng sejarah yang digantung pada ketinggian tertentu dan sehingga kini loceng-loceng tersebut mempunyai ringing times. Antara loceng tersebut adalah loceng daripada St Martin-in-the-Fields, gereja di Trafalgar Square di London. Masa kami visited, ada construction phase kat area site bawah tu.
Then we walked forward till jetty area.
Kami ride on ferry acrossed the Swan River from Barrack St Jetty to Mends St Jetty. Kalu bertuah, pat nengok dolphins tak pun pelican kat area Swan River ni.
Ferry dropped us at Mends St Jetty dan sekarang kami dah berada di area South Perth.
Selain pat captured cityscape ngan skyline of Perth dari South Perth Esplanade, kat area ni terdapat pelbagai kemudahan dan tempat menarik seperti Perth Zoo, The Old Mill Perth, Funcatz, Serviced Apartments dan Park.
From jetty, we walked along the shoreline, the esplanade, and then walked ahead till The Old Mill Perth. Old mill ini dibina pada 1835 dan pada awal penubuhannya hanya beroperasi sebagai kilang gandum. Selepas itu, old mill pernah dijadikan sebagai hotel dan penempatan. Kini, old mill merupakan salah satu tempat sejarah yang mesti di lawati.
Picture taken from Funcatz |
For those yang suke watersport ataw nak sailing, leh drop by Funcatz Catamaran. Secara ringkas, Funcatz ni watersport provider yang menawarkan well equipped water craft seperti windrush catamaran, wave catamarans, kayaks and stand-up paddle boards. Traveler leh sewa water craft ni sama ada nak sailing ataw paddling. Catamaran yang ditawarkan di sini merupakan jenis sailboats dan yacht.
Funcatz ni terletak di Coode Street Jetty, South Perth, Western Australia (berdekatan dengan The Boatshed Restaurant). Aku dapat taw Funcatz Catamaran melalui TheNomadNation yang komen kat salah satu gambar South Perth yang aku upload di Instagram.
Funcatz ni terletak di Coode Street Jetty, South Perth, Western Australia (berdekatan dengan The Boatshed Restaurant). Aku dapat taw Funcatz Catamaran melalui TheNomadNation yang komen kat salah satu gambar South Perth yang aku upload di Instagram.
Backpackers Perth, Western Australia:
Adelaide Tce, Stirling Garden, Swan Bell Tower, Old Mill, Funcatz (Day 1st, Part 1)
Halal Restaurant at Barrack St dan hangouts Kings Park Botanic Garden (Day 1st, Part 2)
AQWA Hillarys dan Fremantle (Day 2nd)
Kangaroo dan Koala di Caversham Wildlife Park dan Souvenirs Megabes Products (Day 3rd)
Halal Restaurant at Barrack St dan hangouts Kings Park Botanic Garden (Day 1st, Part 2)
AQWA Hillarys dan Fremantle (Day 2nd)
Kangaroo dan Koala di Caversham Wildlife Park dan Souvenirs Megabes Products (Day 3rd)
No comments:
Post a Comment